Pengurusan dalam Islam

Pengurusan dalam Islam

Saturday, 27 February 2016

KESIMPULAN

Oleh itu jadikanlah setiap hari kita penuh dengan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Setiap pagi bangunlah dengan mengharapkan sebuah kejayaan sebagai seorang anak,pelajar,dan hamba kepadaNYA dan berdoalah untuk mendapatkan kebaikan setiap hari pastinya akan dapat kebaikan. Ini akan membuatkan kita mencapai keyakinan diri sendiri. Marilah kita berkongsi pengetahuan yang ada bagi mendorong kita memotivasikan diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Monday, 22 February 2016

PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar Muslim mesti mengubah sikap mereka supaya lebih mementingkan Akhirat supaya dunia ini digunakan untuk Akhirat. Mereka mesti merasai keagungan Islam, Islam adalah agama yang Haq dan hanya Islam sahaja yang diterima di sisi Allah dan dengan memeluk Islam seseorang itu menjadi sebaik-baik ummat di dunia ini serta menjadi guru kepada manusia tentang agama ini.

Friday, 12 February 2016

Pelajar Muslim Contoh

Pelajar Muslim Contoh



1. Niat dan tujuan belajar dalam Islam ialah untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, umat Islam dan mengisi ruang-ruang pengkhususan yang diperlukan oleh Islam.


2. Pelajar mesti membetulkan pandangannya terhadap pelajaran, bermula dari penguasaan ilmu bagi menghadapi peperiksaan akhir, pelajar-pelajar mesti membina peribadi yang berakhlak mulia serta mampu memberi khidmat kepada kehidupan manusia dengan menghubungkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan.

3. Pengurusan diri hendaklah dibuat dengan rapi  dan teratur sama ada di rumah  atau kolej/universiti. Tempat tidur dan tempat belajar sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun rapi selepas digunakan. Pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah sentiasa teratur supaya mudah untuk dicari apabila diperlukan.

4. Pelajar muslim contoh mesti sentiasa hadir kuliah kecuali ada keuzuran yang sangat kuat supaya ilmu dan pelajaran dapat diterima terus dari guru-guru.

5. Perhatian dan tumpuan kepada pelajaran mestilah diberikan sepenuhnya kerana pada tahap sekarang merupakan tahap umur yang paling ideal (sempurna) untuk belajar dan mebentuk peribadi. Masa ini hendaklah dihabiskan sebaik-baiknya untuk pelajaran kerana selepas tempoh ini, kewajipan-kewajipan lain seperti berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama sedang menanti.


Adab Seorang Pelajar Dengan Ilmu

ADAB-ADAB SEORANG PELAJAR DENGAN ILMU

Adab adalah satu istilah yang dipetik dari bahasa Arab. Daripada segi bahasa adab bererti seni. Seorang artis dalam bahasa Arab disebut “Adib”. Dalam masyarakat Arab, adab bermaksud sekumpulan tingkah laku yang baik, perlu ada pada seorang yang baik atau makanisma yang digunakan untuk menilai seseorang itu sebagai baik (Kamus al-Wasit, 1992).


Oleh itu, adab adalah seni tingkah laku yang baik kerana tiada adab yang buruk. Adab juga lebih khusus berbanding akhlak, kerana akhlak ada yang baik dan yang buruk. Kesimpulannya, adab seorang pelajar sebagaimana yang dikehendaki di sini adalah sekumpulan akhlak yang baik atau perlu ada pada diri seorang pelajar agar ia menjadi seorang pelajar yang baik.



  •  Perlu ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu


Pelajar perlu maklum bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan. Mengikut Nabi Muhammad SAW “Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka dengan ilmu”. Oleh kerana itu, para pelajar haruslah mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu yang telah menjadi kewajipan dan tuntutan kepada mereka. Ilmu yang dituntut dengan ikhlas sahaja dapat menyuluh pemiliknya ke jalan yang lebih bahagia.

  • Perlu mengetahui dan membezakan mana ilmu fardu ain dan fardu kifayah
Ilmu fardu ain adalah wajib bagi setiap individu manakala ilmu fardu kifayah pula wajib dalam peringkat kumpulan atau masyarakat. Ilmu fardu ain perlu dikuasai oleh semua individu seperti ilmu pengurusan diri, pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan dan sebagainya. Manakala ilmu fardu kifayah dipilih untuk didalami oleh individu berdasarkan kepada minat dan kecenderungannya sendiri.
Sekiranya seseorang pelajar itu tahu membezakan di antara kedua bentuk ilmu ini, nescaya mereka tidak akan tersasar mendalami salah satu daripadanya dan pada masa sama meninggalkan sebahagian yang lain. Contohnya para pelajar yang tidak peka dengan kedua-dua ilmu ini akan melupakan aspek pengurusan diri, pengurusan kewangan yang sepatutnya turut dititik beratkan. Ataupun, seseorang itu hanya sibuk menguruskan hal ehwal peribadinya tanpa memperuntukkan masa yang sesuai bagi mendalami sesuatu bidang pilihannya.

  • Menghormati dan mencintai ilmu
Pelajar yang beradab akan berusaha menghormati dan mencintai ilmu. Menghormati ilmu seperti sentiasa mempastikan kebersihan diri dan persekitaran di mana tempat mereka menuntut ilmu. Sama di bilik kuliah, dewan makan dan tempat mereka tidur. Sebagai contoh, seorang pelajar muslim akan sentiasa mempastikan ia berada dalam keadaan berwuduk semasa menuntut ilmu. Manakala mencintai ilmu pula bermaksud, para pelajar sanggup berkorban apa sahaja demi ilmu termasuklah masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

  • Mengembalikan ilmu kepada sumbernya
Seorang pelajar yang beradab akan berpegang kepada prinsip amanah ilmiyah. Iaitu sesuatu ilmu yang diperolehinya akan dinyatakan sumber atau dikembalikan kepada pemiliknya yang asal. Mereka sedar bahawa manusia lahir dalam keadaan serba jahil kemudian mereka memperolehi ilmu sama ada daripada sumber-sumber lain sama ada guru, buku, bahan bercetak dan tidak bercetak.
Menjaga amanah ilmu itu penting bagi mempastikan barakah ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu yang barakah itu, mereka akan mendapat anugerah seterusnya mencari dan memperolehi rezeki berasaskan anugerah berkenaan. Ramai yang tidak menyangka bahawa perjalanan kehidupan mereka hari ini yang tidak senang dan tidak mencapai kebahagiaan kerana kehidupan mereka telah terbina di atas sumber yang tidak barakah.

  • Faham konsep mendatangi ilmu
Ulama Islam turun temurun mewarisi pepatah “Ilmu didatangi bukannya mendatangi”. Ia bermaksud para pelajar perlu pergi mencari ilmu bukan sebaliknya menunggu ilmu untuk datang bertandang. Sarjana-sarjana Islam masa silam terbukti hebat dalam perjalanan mereka menuntut ilmu. Kerana itu mereka mampu melahirkan sarjana demi sarjana yang telah menerangi era kegemilangan tamadun manusia sehingga dapat bertahan lebih daripada 700 tahun.

Konsep mendatangi ilmu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sama ada mereka perlu meninggalkan segala kemewahan dunia untuk hidup bersama-sama dengan rakan-rakan penuntut ilmu yang lain dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi makanan, minuman, keselesaan tempat tidur dan sebagainya. Bukan sedikit juga masa diperuntukkan untuk ilmu begitu juga tenaga dan wang ringgit.

Monday, 8 February 2016

TEKNIK MENGURUSKAN MASA

 
TIKK...TOKK..TIKK..TOKK..
Masa berjalan dengan pantas tanpa kita sedari. Oleh itu disini saya ingin berkongsi teknik menguruskan masa dengan bijak sebagai seorang pelajar muslim yang bijak. Antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan. 

Klik Di sini!!! 
CONTOH JADUAL YANG BOLEH DISEDIAKAN

Kepentingan jadual waktu
Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang pelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:

  1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
  2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
  3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
  4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
  5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa.
  6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan.
  7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
  8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
  9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
  1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
  4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
  6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
  7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
  8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
  9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
  10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.


Manfaatkan masa lapang
Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;

  1. Semasa menunggu kenderaan.
  2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
  3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
  4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
  5. Masa rehat yang berlebihan
  6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
  7. Masa antara kuliah.
  8. Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
  9. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
  10. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
  11. embaca nota kecil yang mudah dibawa.
  12. erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
  13. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
  14. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
  15. Tindakan selanjutnya.
  16. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. 

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:

  • Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
  • Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
  • Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
  • Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah
 AKHIR SEKALI, SEMOGA TEKNIK-TEKNIK YANG DIKONGSI DISINI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA PELAJAR .. SEMOGA SEMUA PELAJAR DAPAT MENGURUSKAN MASA DENGAN BIJAK DAN EFEKTIF

MASA DAN PELAJARAN

TIPS BAGI SEORANG PELAJAR MUSLIM YANG BIJAK


Pernahkah anda sebagai seorang pelajar merungut "aduhh! tidak ada masa untuk belajar la kerana terlalu banyak aktiviti di sekolah/university/kolej!" dan sebagainya??  Usahlah merungut lagi kerana merungut itu tidak ada gunanya kecuali kita mencari jalan penyelesaiannya itulah yang boleh dikatakan "SEORANG PELAJAR MUSLIM YANG BIJAK". Disini terdapat beberapa tips pengurusan masa & pembelajaran dengan bijak..



Pengurusan dan pembahagian masa hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar, ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri dari meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak berfaedah bagi seorang pelajar.

Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal semester lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim contoh. Pelajar muslim mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang semester pengajiannya.

Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu FAKTOR UTAMA yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai. 

Pengurusan masa untuk pembelajaran & aktiviti yang berfaedah yang dibuat oleh pelajar dengan bijak akan membawa kebaikan kepada pelajar tersebut. Antara kebaikan yang akan diterima oleh pelajar tersebut ialah :-
  • pelajar tidak akan mendapat tekanan dalam pembelajarannya
  • pelajar akan tahu bagaimana untuk luangkan masanya
  • pelajar tidak akan melakukan perkara yang tidak berfaedah
  • pelajar tidak akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif
  • pelajar akan menyiapkan kerja-kerja dengan serta merta.
  • pelajar tahu bahagikan masa untuk belajar dan melakukan perkara-perkara yang wajib yang dituntut oleh Allah s.w.t.

 Kesimpulannya , pembahagian masa bagi seorang pelajar adalah AMAT PENTING UNTUK MENJADI SEORANG PELAJAR MUSLIM YANG BIJAKSANA & BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT!!

Saturday, 6 February 2016

Tanggungjawab Pelajar Muslim Terhadap Negara

- Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara.
- Mematuhi undang-undang.
- Mengamalkan Prinsip Rukun negara.
- Menjaga kemudahan-kemudahan awam.
- Menjaga dan menaikkan imej negara .
- Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.
- Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.