Pengurusan dalam Islam

Pengurusan dalam Islam

Monday, 8 February 2016

MASA DAN PELAJARAN

TIPS BAGI SEORANG PELAJAR MUSLIM YANG BIJAK


Pernahkah anda sebagai seorang pelajar merungut "aduhh! tidak ada masa untuk belajar la kerana terlalu banyak aktiviti di sekolah/university/kolej!" dan sebagainya??  Usahlah merungut lagi kerana merungut itu tidak ada gunanya kecuali kita mencari jalan penyelesaiannya itulah yang boleh dikatakan "SEORANG PELAJAR MUSLIM YANG BIJAK". Disini terdapat beberapa tips pengurusan masa & pembelajaran dengan bijak..



Pengurusan dan pembahagian masa hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar, ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri dari meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak berfaedah bagi seorang pelajar.

Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal semester lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim contoh. Pelajar muslim mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang semester pengajiannya.

Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu FAKTOR UTAMA yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai. 

Pengurusan masa untuk pembelajaran & aktiviti yang berfaedah yang dibuat oleh pelajar dengan bijak akan membawa kebaikan kepada pelajar tersebut. Antara kebaikan yang akan diterima oleh pelajar tersebut ialah :-
  • pelajar tidak akan mendapat tekanan dalam pembelajarannya
  • pelajar akan tahu bagaimana untuk luangkan masanya
  • pelajar tidak akan melakukan perkara yang tidak berfaedah
  • pelajar tidak akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif
  • pelajar akan menyiapkan kerja-kerja dengan serta merta.
  • pelajar tahu bahagikan masa untuk belajar dan melakukan perkara-perkara yang wajib yang dituntut oleh Allah s.w.t.

 Kesimpulannya , pembahagian masa bagi seorang pelajar adalah AMAT PENTING UNTUK MENJADI SEORANG PELAJAR MUSLIM YANG BIJAKSANA & BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT!!

No comments:

Post a Comment