Setiap manusia amnya
dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara
yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat
dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat
demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;
"Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati
kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr:
1-3)
HARGA
DAN KEPENTINGAN MASA KEPADA MANUSIA.
Sehubungan dengan
perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta
manusia yang paling berharga.Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya
menganiaya dirinya sendiri.
Imam Al- Banna pula
berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara
yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh
dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu
setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka
bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi
pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil
pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan
ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat
menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".
Pengajaran dari hadis
di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau
peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan
itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.
Pelajaran
dan masa
Sebagai seorang
pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil
perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh
menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa
merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar.
Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan
dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa
yang mereka ada.
Teknik
menguruskan masa belajar
Di antara cara yang
boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan
sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual
waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh
kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda
lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan
aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran
hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan
bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana
yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk
melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti
penting semasa.
Kepentingan
jadual waktu
Bagi memberikan
kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan
masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang
kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa
kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka
menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:
1.
Dapat menilai kembali apakah yang telah
mereka lakukan.
2.
Dapat menilai sama ada aktiviti yang
mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
3.
Dapat menguruskan masa yang dipunyai
dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
4.
Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti
yang dirancang setiap hari.
5.
Dapat melatih mendisplinkan diri
pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara
hidup yang lebih sempurna.
6.
Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu
mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka
menjadi seorang yang serba boleh.
7.
Dapat mendorong ke arah pencapaian
kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia
atau akhirat.
8.
Dapat mengelakkan amalan suka
bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan
mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
9.
Menyedarkan diri cara mengurus masa
berkesan.
10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap
pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu
dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual
waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai
ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
1.
Tentukan tujuan dan objektif penyediaan
dan kegunaan jadual itu.
2.
Fikirkan aktiviti yang anda lakukan
sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
3.
Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang
aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
4.
Berikan keutamaan kepada aktiviti yang
akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
5.
Pertimbangkan jumlah masa yang perlu
diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah
atau kurang diminati.
6.
Nyatakan jenis mata pelajaran yang
perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian
anda sebagai seorang pelajar.
7.
Susun mata pelajaran yang perlu
diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
8.
Peruntukan jumlah masa bagi membuat
tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
9.
Pelajar perlu memberikan keutamaan
aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu
yang perlu disediakan.
Terdapat
berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar,
sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
- Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk
aktiviti setahun)
- Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk
aktiviti seminggu )
- Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti
setiap hari )
Menyediakan
jadual waktu tahunan.
Antara bahan utama
yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah
takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat
sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.
Tujuan menyediakan
jadual waktu tahunan ialah untuk;
- Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang
akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila
ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat
ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal.
- Memperingati diri anda tentang tugas dan
tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.
Persediaan membuat
perancangan dan tindakan tahunan anda.
Cara
menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.
Bagi tujuan
menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual
waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti
pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;
- Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda
akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan.
- Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
- Aktiviti persendirian anda seperti beribadat,
berihat, menolong keluarga dan sebagainya.
Dalam masa anda
merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah
dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;
- Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan
sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan
untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota
yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
- Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian
dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang
kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya;
- Membuat bacaan atau persediaan awal tentang
tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
- Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
- Memahami pengajaran pada hari itu.
- Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
- Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
- Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah
dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan
menjawab soalan peperiksaan lepas.
Manfaatkan
masa lapang
Terdapat lebihan masa
yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang
pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya
ialah;
1.
Semasa menunggu kenderaan.
2.
Semasa menaiki kenderaan dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
3.
Semasa menunggu pengajar datang memberi
pengajaran setiap hari.
4.
Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
5.
Masa rehat yang berlebihan
6.
Semasa menunggu masa makan pagi,
tengahari, petang dan malam.
7.
Masa antara kuliah.
8.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela
masa.
9.
Membaca bacaan awal atau sepintas lalu
tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh
guru.
10. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula,
melihar gambarajah dan sebagainya.
11. embaca nota kecil yang mudah dibawa.
12. erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
13. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
14. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang
anda sertai.
15. Tindakan selanjutnya.
16. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini
merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
17. apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar
ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar rumit dihadapi
oleh pelajar.
Antara cara yang
boleh digunakan untuk mengatasi ialah:
- Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu
melakukannya.
- Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
- Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
- Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan
berkorban.
- Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk
jika gagal menguruskan masa dengan baik.
- Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan
tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap
hari.
- Elakkan suka bertangguh.
- Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat
dan tujuan anda belajar ke sekolah
No comments:
Post a Comment