Ramai pelajar
mengeluh kerana terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji tetapi
pulangannya tidak seberapa. Sebaliknya terdapat segolongan kecil pelajar,
belajar dalam keadaan yang lebih selesa, tidak terkocoh tetapi dapat pula
meluangkan masa untuk beriadah dan turut melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Walaupun begitu, mutu dan pencapaian akademik mereka tidak
terjejas.
Persoalannya,
mengapakah dua keadaan di atas boleh terjadi? Biasanya, jawapan yang diberikan
ialah pelajar dalam kumpulan kedua didakwa mempunyai keupayaan mengingat yang
lebih jika dibandingkan dengan para pelajar daripada kumpulan pertama.
Hipotesis ini mungkin betul, tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak
mempunyai teknik belajar yang berkesan. Mereka belajar hanya mengikut rasa dan
resa sahaja. Akibatnya, masa dan tenaga banyak terbuang, tetapi hasilnya tidak
seperti mana yang disarankan oleh Gwen Gawith di dalam bukunya Power Learning.
Pelajar dan Pemelajaran
Setiap pelajar
mestilah mengetahui akan tujuan dia belajar. Adakah dia belajar untuk
mendapatkan ilmu dan kecemerlangan atau belajar kerana mengikut rakan-rakan
sahaja dan dipaksa oleh ibu bapa ? Oleh itu, para pelajar mestilah menanamkan keazaaman bahawa belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan
mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sama ada yang berkaitan dengan rohani
atau jasmani. Setelah yakin bahawa anda ingin belajar, maka ketahuilah pula
apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar.
Pengurusan Diri
Sebagai seorang
pelajar, anda perlulah menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan
persekitaran pemelajaran yang stabil. Jadikanlah sekolah tempat yang
menyeronokkan untuk menimba ilmu pengetahuan. Di simpang itu, pandai-pandailah
membawa diri bersama rakan dan taulan serta tidaklah pula menjadikan guru
sebagai musuh. Ingatlah, guru adalah ibu bapa kedua kita. Tiada guru yang ingin
merosakkan pelajarnya. Apa yang penting. Pelajar mestilah pandai membawa diri
dengan sifatnya sebagai seorang pelajar.
Mengurus Masa
Untuk menjadi
pelajar yang berjaya, anda mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar,
beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen dan
sebagainya. Di samping itu, pelajar mestilah berkebolehan mengingati sesuatu
dalam jangka masa yang lebih panjang.
Perancangan
Kemahiran
merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa
yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan
tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.
Kemahiran Berfikir
Untuk menjadi
pelajar yang berjaya, pelajar mesti keupayaan berfikir secara kritis dan
positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. Di samping
itu, pelajar juga mestilah berfikiran matang dan tidak hanya mengikut logik
semata-mata.
Kemahiran Belajar
Belajar bukanlah
sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar
itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.
Kemahiran Membaca
Boleh dikatakan
semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan
pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca.
Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik
mungkin.
Kemahiran Menyelidik
Kemahiran
merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa
yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan
tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.
Kemahiran Berfikir
Bagi memahami dan
mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik
sama ada daripada buku buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan
sebagainya.
Kemahiran Membuat Nota
Terdapat pelbagai
cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah
memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa
mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak
bertahan lama.
Kemahiran Menyampaikan
Setelah anda
membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula
menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk
tulisan mahupun lisan.
Teknik Peperiksaan
Setiap pelajar
akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan
menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan,
mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.
Kemahiran Menilai
Pelajar mesti
berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa
berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang
lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan
melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.
Kesimpulannnya,
jika para pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran di atas dengan berkesan dan
bersistematik, sudah pasti kejayaan memihak kepada anda. Walau bagaimanapun,
dalam keadaan apa sekalipun, kita mestilah sentiasa bersyukur dan bertakwa agar
Allah S.W.T akan memberkati segala usaha kita.
No comments:
Post a Comment