
TIKK...TOKK..TIKK..TOKK..
Masa berjalan dengan pantas tanpa kita sedari. Oleh itu disini saya ingin berkongsi teknik menguruskan masa dengan bijak sebagai seorang pelajar muslim yang bijak. Antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang
baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual
waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang
disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia
merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu
atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti
pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata
pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda
lakukan.

CONTOH JADUAL YANG BOLEH DISEDIAKAN
Kepentingan jadual waktu
Terdapat beberapa
kepentingan, faedah dan keutamaan yang pelajar akan perolehi apabila
mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran.
Antaranya ialah:
- Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
- Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
- Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
- Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
- Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa.
- Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan.
- Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
- Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
- Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan
agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang
baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
- Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
- Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
- Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
- Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
- Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
- Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
- Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
- Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
- Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
- Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Manfaatkan masa lapang
Terdapat lebihan masa yang biasanya
disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa
yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;
- Semasa menunggu kenderaan.
- Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
- Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
- Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
- Masa rehat yang berlebihan
- Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
- Masa antara kuliah.
- Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
- Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
- Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
- embaca nota kecil yang mudah dibawa.
- erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
- Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
- Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
- Tindakan selanjutnya.
- Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar.
Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:
- Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
- Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
- Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
- Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
- Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
- Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
- Elakkan suka bertangguh.
- Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah
No comments:
Post a Comment